Program Bulan Kemerdekaan: Kelas Multimedia & e-Learning

19 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Program Bulan Kemerdekaan: Kelas Multimedia & e-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 18 Ogos 2019. Dalam program ini, para peserta diperkenalkan kepada perisian Wondershare Filmora, perisian pengeditan video yang mudah dan berkuasa untuk mengedit dan memperibadikan video dengan muzik, teks, filter dan elemen. Para peserta turut diajar asas cara membuat video pendek menggunakan perisian tersebut. Mereka juga diberi tugasan untuk mencipta video bertemakan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 tahun ini.

Setelah menyelesaikan tugasan tersebut, Kuiz Kemerdekaan diadakan melalui laman web www.quizizz.com bagi menguji pengetahuan mereka tentang Malaysia. Melalui program ini, diharap semua peserta yang terlibat akan dapat menyemai dan meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka.

Program yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 6 orang peserta. Program tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali